Haa..Biar aku jadi adil sikit..Jadinya aku bukan seorang yang perjuangkan politik kOsOng,tp pendapat aku untuk semua orang..Sebagai wakil SuaraAnakMerdeka yang masa depan kami akan mentadbir MALAYSIA tercinta ni..
Terkejut juga bila wartawan Malaysiakini, Jimadie telefon saya semalam untuk bertanyakan tentang isu replika Anwar. Terus terang saya jawab bahwa saya tidak tahu menahu tentang hal itu kerana baru balik dari Kampung.
Lantas saya melayari laman web Malaysiakini bagi mendapatkan maklumat tentang hal berkenaan. Ternyata apa yang Jimadie sebut memang benar-benar berlaku.
Penyokong kuat Anwar dari kalangan masyarakat India di Batu Caves telah mencipta sebuah replika gergasi yang memaparkan potret Anwar setinggi 12 meter.
Gambar penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.
Sahabat saya yang kini menjadi ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari turut mengakui bahawa beliau turut memberikan sumbangan sebanyak RM 100 terhadap pembinaan replika itu.
Semalam Ketua Pemuda Pas Selangor, Ust. Sallehen Mukhyi pula menyatakan bahawa replika itu bukan patung. Ya. ianya bukan patung sebagaimana yang kita biasa lihat ditokong-tokong atau kuil.
Walaubagaimana pun, replika berkenaan dibuat dari papan lapis yang dipotong mengikut bentuk tubuh Anwar yang kemudiannya dilekatkan gambar Anwar.
Rujuk Hadis
Merujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.a yang maksudnya:
“Sewaktu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (tiba di rumah) daripada suatu pelayaran, pada ketika itu aku telah memasang tabir pada pintuku tabir bulu yang ada padanya gambar kuda yang mempunyai beberapa sayap, maka Baginda memerintahkanku (agar aku menanggalkannya) lalu aku pun menanggalkannya (daripada pintu itu).” (Hadis riwayat Muslim).
Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis berkenaan;
Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.a berkata yang maksudnya:
“Sewaktu Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam (tiba di rumah) daripada suatu pelayaran; aku telah memasang tabir rak tempat penaruhan barang-barang dengan tabir nipis yang ada padanya gambar-gambar (lukisan-lukisan yang bernyawa). Maka apabila saja Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melihatnya, Ba- ginda menanggalkannya lalu bersabda: “Manusia yang paling berat seksaannya pada Hari Kiamat ialah mereka yang menjadikan sesuatu yang menyamai/menyerupai dengan makhluk Allah.” Aisyah berkata (ekoran daripada peristiwa itu: “Maka kami jadikan (kain tersebut) untuk dijadikan sebiji bantal atau dua biji bantal.”
Jadi dari kedua-dua hadis diatas, bukan sahaja patung malah gambar makhluk bernyawa termasuk manusia juga tidak boleh disimpan dalam rumah.
Bagaimana pula bagi kes replika Anwar.
Dalam hal ini, apa sahaja gambar atau patung tetap dikira haram. Jika diletak dalam rumah, malaikat tak masuk. Jika diluar rumah ia dikhuatiri akan jadi alat sembahan atau pendewaan.
Beberapa ulama’ masih berbahas soal pengambilan dan penggunaan gambar. Ada ulama yang mengharuskan kita bergambar bagi tujuan tertentu seperti buat kad pengenalan, mendaftarkan untuk menyertai mana-mana institusi atau untuk pilihanraya dengan syarat ianya hanya memapar sebahagian bentuk tubuh sahaja.
Anwar dianggap dewa oleh segelintir kaum India
Apa yang dilakukan oleh penyokong Anwar mungkin disebabkan tidak faham atau hanya mengikut kefahaman mereka khususnya penyokong dari masyarakat India. Dalam masyarakat India, membina patung atau membuat lakaran dan replika bagi individu yang mereka sayangi sudah menjadi kebiasaan.
Malah ada kalangan kaum India yang menganggap seseorang pemimpin yang hebat itu sebagai dewa mereka.
Teman-teman saya dari kaum India dan cina pernah menyatakan hal ini, bukan sahaja Anwar, malah Tok Guru Nik Aziz juga pernah dianggap dewa lantaran sikap beliau.
Walaubagaimana pun saya menjelaskan pada mereka bahawa Tok Guru hanyalah manusia biasa diberikan ilmu dan amanah dari Allah. Allah jualah tuhan bagi semua. Begitulah tangapan mereka yang terkadang sukar juga kita hendak hapuskan.
Kita tidak paksa mereka peluk Islam, tapi kalau kita jelaskan cara baik, rasanya replika Anwar itu tidak akan wujud.
Anwar tak suka didewa-dewakan dan beliau wajar didik ahli PKR
Tidak dinafikan bahawa ramai penyokong Anwar yang taksub dan obsess terhadap Anwar. Tetapi saya khuatir jika mereka sampai tahap mendewa-dewakan Anwar. Itu bukanlah kehendak Anwar. Tapi penyokong beliau yang berfikiran begitu.
Oleh itu Anwar perlu juga mendidik ahli-ahli beliau untuk memahami hasrat perjuangan beliau bersama Parti Keadilan kerana kita tidak mahu penyokong beliau sokong Keadilan kerana ‘ANWAR’.
Anwar tidak kekal lama, tapi PKR tetap boleh pergi jauh. Keadaan selepas Anwar dibebaskan memang berubah. Tidak dinafikan bahawa aura beliau sangat kuat hingga menenggelamkan imej dan logo PKR itu sendiri. Anwar adalah simbol kekuatan PKR.
Apa yang dilakukan oleh penyokong beliau di Batu Caves harus dilihat atas kepentingan semua. Bagi masyarakat India, replika itu tiada masalah. Tapi bagi orang Islam, ianya begitu sensitif kerana orang yang dipotretkan itu adalah Anwar, seorang Islam!
Hari ini mereka buat replika, esok siapa tahun. Lagipun kewujudannya tidak kena pada masanya kerana sekarang bukan musim pilihanraya. Kita tahu Anwar merancang untuk tukar Kerajaan. Tapi itu bukan kerja beliau bersendirian. Kerja politik itu dilakukan secara berpasukan dalam Pakatan, walaupun Anwar yang menerajui.
Jadi kini timbul polemik soal hukum dan juga sensitiviti masyarakat Islam yang mahu Anwar dihormati bukannya di dewa-dewakan.
Anwar hanya manusia biasa, kita ini sama sahaja dengan beliau. Jadi janganlah terlalu taksub, khuatir jika kita sudah melampaui batas agama. Kita sokong, kita sorak dan jerit nama Anwar, tapi jangan sampai keterlaluan hingga kita dilihat sinis oleh hukum hakam yang bakal menyoal kita diakhirat.
Bukan Anwar yang tentukan masa depan kita, apalagi Dollah mahupun Najib. Tok Guru juga tak mampu ramal siapa pemimpin masa depan negara, Tapi kita doalah semoga usaha jatuhkan Kerajaan BN yang diterajui Anwar berjaya.
Selamat Hari Raya Buat Anwar dan sahabat-sahabat semua…..
No comments:
Post a Comment