Thursday, April 23, 2009

[Cerpen] Nil masih mengalir

SEGALANYA masih segar. Masih teringat-ingat dan terdengar-dengar. Malah sudah beberapa kali saya ceritakan kepada kawan-kawan karib yang saya temui, baik di Jordan mahupun Mesir, tentang cerita ini. Mereka seperti saya juga – akan menggeleng-geleng kepala – sukar untuk percaya. Namun, saya yakini, yang saya tidak bermimpi.

Ini cerita perjuangan. Cerita pertentangan yang belum berkesudahan – bahkan sudah mencecah beberapa dekad. Lantaran itu, saya suka sekali menitipkannya kepada sesiapa sebagai suatu tazkirah. Ia terjadi hampir dua bulan lalu, apabila kami melawat Mesir, menziarahi teman-teman di al-Azhar. Saya yang mabuk laut terpaksa memilih jalan udara dari Amman terus ke Kaherah. Sementara dua lagi rakan saya, Zakuan dan Nushi, yang kekurangan ongkos, menaiki bot laju dari Teluk Aqabah ke Nuwaiba’, sebelum merentasi Semenanjung Sinai dan Terusan Suez.

Ketika airbus Royal Jordanian mula menderu meninggalkan LTA Alia, pagi baru mendaki waktu duha. Di sebelah saya, seorang lelaki arab, sedang ralit dengan sebuah kitab di tangan. Langsung tidak terganggu dengan dengung enjin. Pesawat naik perlahan. Apabila isyarat larangan merokok dan tali pinggang bercantum terpadam, saya mula menyelak kitab Sayyid Qutb: Qabla wa Ba’dah Istisyhadihi (Sayyid Qutb: Sebelum dan Selepas Kematiannya) tulisan dari. Ukasyah Damanhurie yang saya temui di Maktabah lah-Risalah minggu lepas.

Hampir seminggu saya merayau di serata Amman mencari buku ini. Penulisnya – seorang tokoh ulama – amat saya gemari.
dari. Ukasyah menyebut: Beliau Sayyid Qutb Ibrahim Hussein Syazili, lahir pada 9 Oktober 1906, di Mosyah, dalam wilayah Asyut. Merupakan pemikir, pujangga, penulis, sasterawan, juga ulama ulung di Mesir pada kurun ke-20. Antara pendokong utama Ikhwanul Muslimin selepas kematian Imam Hasan al-Banna. Sudah terdidik dalam keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Khatam menghafaz al-Quran sejak berumur 10 tahun.

Sebagai penulis, Sayyid dikatakan paling banyak dicetak bukunya. Karyanya masih terus diterbitkan hingga kini malah diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Terutama tafsirnya “Fi Zilalil Quran” (Di Bawah Lindungan al-Quran) yang dianggap ‘karya agung’ oleh kebanyakan ulama. Sebagaimana petikan mukadimah tafsir itu yang berbunyi: Kehidupan di bawah lindungan al-Quran itu nikmat. Nikmat yang tidak akan dinikmati melainkan orang yang merasainya.


“Kamu pelajar Malaysia?” tanya lelaki di sebelah saya sejurus memberi salam. Saya menggangguk. Menjawab salam perlahan. Memandang tampang bersih putih di sisi. Dalam lingkungan 60-an, memakai jubah putih, berserban dan igal yang melilit kepala. Saya yakin aroma harum yang diendus sejak tadi berasal dari syeikh berjambang putih-nipis ini. Dia tersenyum lebar, memuji-muji dan mendoakan saya – sebagaimana kelaziman orang arab, sebelum pandangannya berpindah ke kitab di tangan saya. Dan senyumnya tambah mesra.

“Saya kenal penulis buku ini, malahan As-Syahid Sayyid Qutb sendiri.” Saya ternganga. Terkebil-kebil. Semacam kurang percaya. Punggung saya sedikit mengisar. “Panggil saja Abu Yazid. saya asal Damanhur, Mesir. Menetap di Sweileh, Amman. Hajatnya mahu pulang ke tanah air.”

“Saya dari Irbid, tapi bermalam di Sweileh malam tadi. Tuan hadir dalam kuliah selepas isyak oleh dari. Solah al-Khalidi di Masjid Abdurrahman Auf?”

Dia mengangguk dan senyum lagi. Saya teringat kehadiran malam tadi yang tidak sampai 30 orang. Bagaimana saya boleh tidak perasan lelaki ini hadir?

“Oh, sahabatku itu. Dia … err, dari. Solah ulama tawaduk. Tapi ilmunya, Masya-Allah. Hampir segala-galanya dia tahu tentang Sayyid Qutb. Tesis Sarjana dan Doktor Falsafah’nya berupa kajian khusus tentang Sayyid Qutb dan tulisan-tulisannya.” Dia membetulkan kain serban merah-putih di bahunya, seterusnya menambah, “Memang kalian pelajar Malaysia bagus-bagus belaka. Cintakan ilmu dan suka mendekati ulama.”

Dia mulai ramah, menanggalkan kaca mata, sebelum menutup kitab di tangan. Saya sempat mengelih judulnya: Nahwu As-Sohwah Al-Islamiyyah (Era Kebangkitan Islam) karya Fathi Yakan. Ternyata dia juga penggemar tulisan pemikir Lubnan itu seperti saya. Seterusnya, kami mula berbual pelbagai perkara. Dari tutur bicaranya yang fasih tersusun, saya dapat mengesan, dia seorang berilmu. Jarang orang arab mahu menggunakan bahasa arab secara baku. Dari thaqafahnya yang tampak luas, mampu bercakap soal agama-politik-sosial-sastera, saya merasakan dia bukan sembarangan orang!

Dan yang agak menarik darihal lelaki ini adalah maklumatnya yang mantap tentang Sayyid Qutb, keluarganya, perjuangannya, hatta karya-karyanya!

“Saya sukakan syiir-syiir Sayyid. Kamu pelajar Kuliah Sastera tentu tidak sukar memahaminya.” Tanpa diminta, dia mula mengalunkan beberapa bait:
“Ke sebuah pantai yang tidak diketahui
ke suatu alam yang kurindukan pemandangannya
ke suatu pinggir yang lain.
Ke suatu yang tidak engkau ketahui
ke suatu yang tidak akan engkau lihat petunjuk
untuk zaman-zaman dan alam maya
yang diamati.
Ke suatu yang tidak dapat kaubezakan sempadannya
ke suatu yang dilupakan oleh manusia, alam maya, dan masa.”

Saya menikmati suara parau orang tua itu walaupun berasa kurang selesa, hinggalah seorang pramugari datang menghulur sarapan berupa kahwa dan teh, sedikit roti, mentega dan jem Belanda. Dia berhenti bersyair, lalu mengacau gula di dalam kahwa yang masih berasap.

“Saya belum pernah mendengar syiir itu sebelum ini.”

“Itu syiir “As-Syathi’ Al-Majhul” (Pantai yang Tidak Diketahui) yang dikarangnya pada 1923. Pantai atau laut yang dimaksudkan adalah kehidupan kita. Yang tidak dapat kita ketahui kesudahannya,” Abu Yazid menjelaskan.

“Syeikh begitu mengaguminya. Tentu banyak pengalaman tuan bersamanya.” Abu Yazid mengangguk-angguk sebelum menggeleng-geleng. Ternyata dia senang dengan kata-kata saya. Tetapi senyum tawar di bibirnya menghentikan niat saya untuk bertanya lebih lanjut. Dia kelihatan seperti tersentuh dan barangkali sedang memikirkan sesuatu – seraya menurunkan kerusinya. Bersandar dan memejam. Kitabnya diletakkan di atas dada.

Lantas saya meneruskan pembacaan yang terbantut.
Sayyid bukan sahaja menulis dalam bidang keagamaan, tetapi dianggap pengarang yang mempunyai kemahiran berbahasa, bergaya, dan sukar ditangkis hujahnya. Menulis dalam pelbagai genre. Malah pernah mengkritik gurunya sendiri –Abbas Mahmud Aqqad – dalam polemik yang dianggap penting dalam perkembangan sastera Islam. Dipenjara tetapi kekal prolifik menulis, sehinggalah bukunya yang terakhir, Ma’alim fi At-Thoriq (Petunjuk Sepanjang Jalan) akhirnya membawa beliau ke tali gantung!

Lantaran kebijaksanaannya yang luar biasa, dan kecenderungannya kepada al-Quran dan idea-idea Islam yang agak membimbangkan kerajaan, beliau dihantar belajar ke Amerika Syarikat selama dua tahun. Bagaimanapun ketika di sana, beliau berasa hairan setelah melihat orang-orang Barat begitu gembira dengan pembunuhan Al-Banna pada 1949. Takjub dengan kejadian itu, beliau kembali ke Mesir, memimpin Revolusi Julai 1952, sebelum menyertai Ikhwan.

Solah Abdul Fattah al-Khalidi dalam bukunya menyebut : Sayyid Qutb syahid yang hidup. Biarpun jasadnya mati, tetapi wawasan pemikiran Islaminya terus kekal. Dan sememangnya orang yang syahid itu tidak mati.

“Janganlah kau menganggap bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka itu hidup di sisi Allah dengan mendapat rezeki.” - (Ali Imran : 169)

“Saya pernah menemuinya. Iya, pernah mendapat tarbiah daripadanya, pernah bekerja bersama-sama dalam gerakan Islam.” Rupa-rupanya syeikh itu belum tidur lagi –mengejutkan saya yang asyik. Dia menghirup kahwa, mengejipkan matanya, dan menunduk. “Malah pernah sama-sama dipenjarakan.”
Ayat sambungannya itu membeliakkan mata saya beberapa detik. Buku terus saya katup.

“Beribu orang ditangkap pada Oktober 1954. Presiden Gamal Abdul Nasser mem****tkan Ikhwan dalam perancangan membunuhnya.”
“Syeikh anggota Ikhwan?”

“Saya waktu itu baru berusia 20 tahun. Mengaji di Darul Ulum. Tertarik dengan sahsiah Sayyid lalu menuruti jejaknya menyertai Ikhwan pada awal 1953. Pengaruh kami makin kuat waktu itu, tapi benarlah, Yahudi ada di mana-mana.”

“Yahudi?”

“Ya. Ada kajian yang mendakwa Gamal Abdul Nasser berdarah Yahudi. Wallahu-A’lam. Kalau tidak pun, memang pengaruh Yahudi di ‘balik tabir’ menguasai kerajaan waktu itu. Macam kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah juga, semua kerja Yahudi.”
Saya menelan liur. Buku “Al-Yahudiyah” oleh dari. Ahmad Syalaby dan beberapa lagi buku berkaitan Zionis telah saya khatam.

Tetapi maklumat orang tua ini membuat saya terasa pembacaan saya selama ini masih tidak seluas mana. Teringat pendedahan sebuah media Britain baru-baru ini. Sepuluh orang pemimpin arab semasa bersusur-galur Yahudi. Sekadar provokasi? Entah.

“Sayyid dihukum penjara selama 15 tahun, sedang kami yang masih muda dan belum berpengalaman dilepaskan selepas berbelas bulan. As-Syahid diazab paling teruk di kalangan kami. Oh, Sijin Harbie, penjara yang takkan kulupa seumur hidup.”
Dia menarik lengan jubahnya. Dua bilur panjang keperangan jelas kelihatan.

“Ini terlalu sedikit jika dibandingkan rakan-rakan lain. Tapi saya … saya tidak tahan menanggung.” Suaranya tiba-tiba melirih. Abu Yazid terbatuk beberapa kali. “Ditambah desakan keluarga yang kuat. saya dihantar ke Damsyik untuk menyambung belajar.”
Tangisan seorang bayi pecah tiba-tiba. Bau asap rokok menyucuk hidung. Seorang lelaki arab-Mesir kira-kira satu setengah meter di sebelah kiri Abu Yazid masih berselamba sekalipun dimarahi ibu bayi yang menangis. Tidak tahu langsung menghormati ketenteraman awam!

“Saya beroleh Sarjana, bernikah dengan wanita Syria dan kami dikurniai tiga cahaya mata, sebelum pulang ke Kaherah pada penghujung 1964. Waktu itu, Sayyid baru keluar penjara atas permintaan Presiden Iraq Abdul Salam Arif, tapi ditangkap semula pada Ogos 1965.”
Sudah jelas sekarang, orang tua ini bukan calang-calang orang!

“Jadi, tuan berada di Kaherah semasa hukuman mati dijatuhkan?”
“Hari itu, 29 Ogos 1966. saya tidak mampu mengajar di kolej seperti biasa. Pelajar kusuruh pulang. Kami terlalu hiba dengan kematiannya. Dia digantung bersama dua sahabatnya Muhammad Yusof Hawasy dan Abdul Fattah Ismail. Gamal Abdul Naser terlalu kejam menuduh Sayyid cuba mencetuskan huru-hara. ”
Abu Yazid terdiam. Barangkali segala peristiwa masih terbayang jelas.

Lantas pandangan saya buang ke luar. Awan terlalu nipis membolehkan penglihatan tembus ke bawah. Tiada kehidupan selain lautan yang terbentang luas. Laut Merah kelihatan bersisik ditikam seminau matahari. Di sinikah Allah mengajar Firaun yang taghut itu?

“Awal 70-an, ramai anggota Ikhwan yang musafir ke luar negara kerana tidak tahan dengan tekanan kuku besi pemerintah. Antaranya adik Sayyid, Muhammad Qutb yang menjadi profesor di Universiti Ummul Qura. Alhamdulillah. saya juga ditawarkan sebagai pensyarah di Universiti Jordan hingga sekarang. Jordan lebih terbuka, terutama pada zaman Raja Hussein. Agak selesa untuk saya terus berdakwah dan menulis.”
Dia juga seorang penulis?

“Tapi itu dulu, sejak kemangkatan Almarhum, banyak yang kurang menyenangkan,” luahnya kesal.
Saya mengangguk tanda setuju. Memang banyak perubahan politik di Jordan akhir-akhir ini. Pejuang-pejuang Palestin yang tumpang berlindung tidak lagi mendapat keistimewaan seperti dulu. Ada pula ura-ura pejabat-pejabat cawangan HAMAS mahu ditutup seluruhnya.

“Jadi, tuan juga menulis? Rasanya saya belum pernah membaca hasil tulisan tuan.”
Dia mengulum senyum, semacam geli hati.
“Kamu sedang membacanya.”
Tubuh sedikit tersentak. Kali ini saya memandang wajahnya sungguh-sungguh. Dia inikah dari. Ukasyah? Subhan-Allah, dia ulama-penulis yang saya kagumi itu sebenarnya! Patutlah saya begitu tertarik dengan sahsiah lelaki ini sejak tadi.

Lantas perbualan tentu sahaja semakin rancak sedang masa begitu gesit.

“Saya mendapat tahu kitab-kitab tuan diharamkan di Mesir?”

“Aiwah, sebenarnya. saya sendiri sejak Perang Teluk tidak ‘boleh’ kembali ke sana. saya beroleh suaka politik di Jordan. Entah bagaimana kerajaan Mesir boleh menarikbalik pengharaman ke atasku mulai tahun ini,” luahnya dengan wajah berseri.
Saya diterpa rasa gharib. Bagaimana kerajaan Mesir boleh selembut itu sedang ramai lagi tokoh ulama Mesir yang tidak berani pulang? Kembali bermakna menghantar diri ke bilik berjeriji besi.

“Lalu tuan syeikh pulang ini untuk menziarahi kaum kerabat yang lama ditinggalkan?”

“Bukan itu saja. Kebetulan minggu depan, 29 Ogos, ada majlis memperingati syahidnya Sayyid yang ke-33. Ada jemputan, dan saya diminta berucap di majlis itu. Isteri dan anak-anakku melarang juga.” Dia bagai tahu apa yang bermain di kepala saya. “Dan kadang-kadang payah untuk percaya juga. Tapi, inilah kesempatan terbaik untuk bertemu rakan-rakan lama.”
Saya ingin bersuara, tetapi suara kapten lebih dahulu bergema menerusi P.A. System, dan isyarat larangan merokok dan tali pingang bercantum menyala semula. Pesawat mula merendah. Suara penumpang lain mula beraduk dengan pengumuman pendaratan.

Kurang lebih setengah jam kemudian, ketika menanti Irfan yang datang menjemput di lobi terminal, Abu Yazid gagal saya kesan. Dia hilang sewaktu kaunter imegresen faudho dikerumuni penumpang yang sukar diajar supaya berbaris di belakang garisan kuning.

Seminggu pertama di Mesir saya habiskan dengan menziarahi kenalan dan menjejaki kesan-kesan sejarah. Merangkak untuk masuk ke Piramid di Giza, merayau dalam bazar-bazar di Al-Hussein, menjenguk jasad Ramses II (Firaun yang mati lemas) dalam kuboid kaca di Muzium Mesir, hinggalah ke tugu peringatan tempat Anwar Sadat ditembak.

Dan petang awal September itu, saya, Zakuan, Nushi, dengan ditemani Irfan baru selesai memudiki Sungai Nil dengan bot kecil yang disewa, lalu kami singgah minum di gerai tebu berhampiran tebing. Suara pengunjung lain di tebing sungai itu berkacuh dengan bunyi kenderaan di jalanan. Ibu negara yang menampung lebih sepuluh juta penduduk ini tidak pernah sunyi. Senantiasa bingar. Angin sore pinggir Kaherah yang berpuput lembut memukul-mukul pipi. Sesekali kami terpaksa mengejip-ngejipkan mata - mengelak debu yang berterbangan.

Irfan yang ditugaskan mencari ‘alas perut’ muncul dengan sebungkus syawarma dan senaskhah akhbar harian di tangan, sedikit termengah-mengah dan riaknya nampak cemas. Dia menepuk bahu saya dan menunjukkan berita muka depan.

“Tengok ni. Diakah syeikh yang kauceritakan dulu?”
Saya membaca selaju mungkin. Dada berdebar-debar seterusnya kepala saya geleng. Menghela nafas sebelum melepaskannya panjang. Terimbau wajah damai lelaki tua itu juga pertemuan kami yang singkat tetapi bermakna itu.

“Kenapa?” tanya Nushi ingin tahu.

“Hosni Mubarak cedera di tangannya akibat ditikam semasa melambai menerusi tingkap kereta ketika lawatannya di Port Said,” jelas Irfan seraya memandang saya, meminta penjelasan selanjutnya.

“Walhasil … dari. Ukasyah ‘Abu Yazid’ Damanhurie dan berpuluh lagi anggota Ikhwanul Muslimin ditahan selepas Majlis Zikra Istisyhad baru-baru ini atas tuduhan merancang cuba membunuh presiden.”

Saya merapati tembok tebing. Air tebu yang direguk terasa tawar. Sebiji batu sebesar dua ibu jari kaki saya kutip. Terasa sebak juga. Ada kepedihan yang tajam menikam hati. Gamal Abdul Nasser pernah bertindak sedemikian, dan kini sejarah berulang lagi. Realiti dunia Islam memang menyayatkan. Kebenaran masih jauh kelihatan. Konfrontasi menjadi resam. Pendokong Islam masih lagi dijebak dengan prasangka dan dikriminasi. Terlalu banyak mehnah yang merintangi jihad mereka rupanya.

Saya berpaling ke arah mereka.
“Jum!”
“Mahu ke mana?” Zakuan bertanya. Masing-masing terpinga-pinga.
“mahu ikut jejak Sayyid Qutb, Hasan al-Banna, dari. Abdullah Azzam, dari. Fathi Syiqaqi, dan syuhada’ lainnya.”

Batu saya lontarkan sekuat hati ke tengah sungai yang seakan tidak beralun. Air sedikit berkocak dan membentuk bulatan yang akhirnya hilang pupus dalam arus Nil yang terus mengalir.

Glosari:
thaqafah – informasi, ilmu bantu
faudho – berserabut, kacau
syawarma – roti berdaging
mehnah – cabaran, tribulasi

Tuesday, April 21, 2009

Q & A menarik tentang Islam

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM...

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.


3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.


4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.


6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?


8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.


9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?


10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"


11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.


12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.


13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!


14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.

Friday, April 17, 2009

ManU wallpaper (Part 2)

Dahulu aku pernah letak wallpaper MU, dan aku kata hendak post gambar pemain pula.
Entah maca mana, boleh terlupa pula aku.
Nasib baik ada yang mengingatkan..
dan sekarang aku post apa yang telah aku terlupa
terima kasih pada yang mengingatkan aku.:)

Siapakah pemain MU kesayangan anda.
Kalau anda ingin buka pc anda dan gambar pertama yang ada tengok adalah gambar pemain kesayangan anda,
apa lagi.
Ambil gambar di bawah dan jadikan wallpaper anda..:)

klik untuk besarkan kemudian save image as.





















ManU wallpaper (Part 1)

For all the ManU fans out there..Here for you guys!!
Memandangkan aku adalah salah seorang peminattidak la terlalu fanatik Manchester Uniter dan juga permintaan salah seorang pengunjung blog ini, dengan ini.
Mempersembahkan,
Wallpaper Manchester United..:)

(klik untuk besarkan kemudian save image as.)









p/s: sebenarnya terlalu banyak wallpaper Man U yang ada, tetapi aku upload secara rambang je la ek..:)

Saturday, April 11, 2009

This is the 'Real Hotelicopter"!!








Tuesday, April 7, 2009

Laporan Petang PRK059 Bukit Gantang (*update available)

9.17 pm :
KEPUTUSAN RASMI
PAS MENANG DENGAN MAJORITI 2789, PAS 23860, BN 19071, BEBAS 62. TAKBIR!!!

9.00 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 20,929 BN 17,646 Bebas 60. Majoriti 3283.

8.40 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 20,221 BN 17,076 Bebas 56. Majoriti 2945.

8.37 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 18,881 BN 15,859 Bebas 51. Majoriti 3022.

8.32 pm : PAS mendahului 3022. 3 UPU masih belum di kira. Air Kuning terputus bekalan elektrik.
8.30 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 18559 BN 16010 Bebas 296. Majoriti 2549.
8.02 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 17427 BN 15001 Bebas 256. Majoriti 2426.
7.40 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 14,720, BN 12,142, Bebas 32. Majoriti 2,577.
7.36 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 13,571, BN 11,191, Bebas 31. Majoriti 2,380.
7.30 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 13,327, BN 10,936, Bebas 31. Majoriti 2,391.
7.05 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 8,712, BN 6,444, Bebas 22. Majoriti 2,268.
6.55 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 5,568, BN 3,792, Bebas 10. Majoriti 1,776.
4.50 pm : Peratus keluar mengundi dilaporkan sebanyak 95% di Pekan Kuala Sepetang (SJK C Poay Eng) yang merupakan peratus yang paling tinggi. Kawasan tersebut merupakan majoriti diduduki oleh masyarakat orang cina. Suasana memberangsangkan dan tenang. Tiada kekecohan sedikit pun yang berlaku. Kerjasama dari semua pihak sama ada polis, SPR amat menggalakkan.

4.15 pm : Suasana dilaporkan tenang di SMK Simpang. Tiada kekecohan yang berlaku. Orang ramai makin ramai datang untuk membuang undi. Hujan yang turun sudah mulai reda. Jalan makin sesak terutama di Jalan Simpang- Kuala sepetang.

4.05 pm : Suasan meriah di Pusat Mengundi SK Changkat Jering dimana kedua-dua belah pihak saling ejek mengejek antara satu sama lain dan sorakan untuk mendapat undi. Kelihatan pihak peraih undi BN menunjukkan aksi lucah kepada pasukan PAS.

4.00 pm : Penulis blog Anil Netto memuatkan klip video yang menunjukkan kumpulan penyokong PAS mengalami keperitan sewaktu terkena gas pemedih mata yang dilepaskan di luar pusat mengundi SMK Pengkalan Aur di Bukit Gantang pagi tadi.

3.23 pm : Dilaporkan terdapat satu pergaduhan yang berlaku diantara penyokong PAS dan BN. Punca tidak dapat dikenal pasti tetapi dilaporkan berlaku seperti di Ijok. Mereka baling botol-botol minuman sesama sendiri.

3.05 pm : 2 orang pengundi hantu telah berjaya ditangkap oleh petugas PAS di Kg Cheh, DUN Changkat Jering. Orang terbabit telah diserahkan kepada pihak polis tetapi orang itu telah dibebaskan. Orang yang disyaki pengundi hantu itu tidak sempat untuk membuang undi.
Sebanyak 65% telah keluar mengundi.

3.oo pm : Di pusat pembuangan undi di SK Laksamaan Kuala Sepetang tadi dilaporkan terdapat 6 orang pengundi yang disyaki sebagai pengundi hantu.

Mereka menggunakan no kad pengenalan orang yang telah meninggal dunia dan mereka membuang undi di saluran 1.

Sebanyak 65% pengundi di kawasan ini telah keluar mengundi. Tetapi hujan sudah mula turun, merisaukan peratus orang yang keluar mengundi akan merosot.

2.00 pm : Pemimpin UMNO-BN disambut dengan sorakan RASUAH oleh penyokong PAS. Antara pemimpin tersebut adalah Mohyiddin Yasin apabila beliau ke pusat pengundian SK Simpang pagi tadi.


1.55 pm : Bekas wakil rakyat PKR- Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila beliau tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.


1.50 pm : Ulasan atau komen oleh YB Ust Nasaruddin Mat Isa mengenai kekecohan yang berlaku di Pengkalan Aor dimana polis telah melepaskan gas pemedih mata . [klik muat turun] atau [Youtube]


1.45 pm : Calon PAS, Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin melawat ke pusat undi di Sek Keb Padang Gajah Trong. BN cetuskan kekecohan apabila beliau melawat upu Ayer Terjun berkenaan dengan melaungkan Nizar derhaka.


1.17 pm : Kawasan Matang Gelugor dilaporkan tiada kekecohan berlaku. Hujan sebentar tadi sudah kelihatan reda. Diharapkan orang ramai akan keluar mengundi di sebelah petang ini kerana masa untuk membuang undi tinggal lebih kurang 4 jam lagi.


Ayuh petugas, kerahkan tenaga anda!!!

Monday, April 6, 2009

Pelajar Melayu UKM dan Gereja ?

Takut bila melihatkan situasi agama masakini. Politik siur tak sudah,tapi moral semakin parah. Dari e-mail yang SuaraJihad dapat, penulis memikirkan kemana hala tuju remaja kini. Mungkin dalam mencari kebebasan, ada pihak-pihak berkenaan yang menangguk di air yang keruh. Undang-undang bukan lagi ancaman bagi golongan-golongan ini. Masakan tidak,kalau undang-undang itu sendiri menjadi siulan dan mainan yang memerintah. SuaraJihad hanya mendoakan yang terbaik,positif. Mungkin berkaitan tesis atau projek tahunan. Natijahnya, ada mungkin tesis bertajuk yang demikian???

Subject:tukar agama?!!







Moga ISLAM kembali ditegakkan..ALLAHUAKBAR!!!

Saturday, April 4, 2009

The flip-flops which don't flip or flop

Going topless is always a sure way to attract attention. But now, it seems, that rule also applies to feet.

This summer's must-have fashion accessory is the topless flipflop - a sandal with no straps and no apparent way of staying on your foot.

The secret is the tacky water-based glue that keeps the foamy sole in place but does not come off on skin.

Scroll down for more...

Must have: The flip-flops in action

In the two weeks since the sandals have gone on sale - under the slogan "flip-flops that don't flip or flop" - an astonishing 3,000 pairs have been sold, despite minimal publicity.

Fans of the flip-flops say they are perfect for those looking to avoid unsightly tan lines and blisters, or for anyone who enjoys the sensation of walking barefoot.

Rob Norfolk, 60, whose Internet business Nude Sandals is the first to sell the flip-flops in Britain, said: "If you wear them on the street virtually everyone turns round and stares. You can see them thinking 'How do they stay on?'

"Eventually someone plucks up the courage to ask and I often do a little dance to show they still stay on.

"They're not likely to work for more than a season, but they are a fun holiday accessory or something to wear after the beauty salon when you've just had your nails done.

"They do need more tender loving care than the usual sandal - a regular brush in soapy water to keep them sticky. And they work more easily with girls rather than heavy men, although mine are still working."

The flip-flops, which come in five designs, including beach, rainforest and aloha sunset, cost £12.50 each and are available in three sizes - small, medium and large.

Invented in the U.S. and made in China, they have already proved a hit in Australia and Canada, where thousands of pairs have been sold.

Tash Archdale, 31, from London, who tested the flip-flops, said: "They feel surprisingly good - it's a really fun, spongey feeling. They went on ridiculously easily and didn't hurt or come off when I was walking.

"If you'd just had a pedicure you could just put them straight on without smudging your nail polish."

Thursday, April 2, 2009

Surat Pimpinan Pakatan Rakyat Kepada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato’ Rashid Din
3. YB Dato’ Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato’ Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato’ Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohd. Ghazali

SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY

52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa


*credit to anwaribrahim.blogspot.com