9.00 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 20,929 BN 17,646 Bebas 60. Majoriti 3283.
8.32 pm : PAS mendahului 3022. 3 UPU masih belum di kira. Air Kuning terputus bekalan elektrik.
7.40 pm : Keputusan Tidak Rasmi, PAS 14,720, BN 12,142, Bebas 32. Majoriti 2,577.
4.05 pm : Suasan meriah di Pusat Mengundi SK Changkat Jering dimana kedua-dua belah pihak saling ejek mengejek antara satu sama lain dan sorakan untuk mendapat undi. Kelihatan pihak peraih undi BN menunjukkan aksi lucah kepada pasukan PAS.
4.00 pm : Penulis blog Anil Netto memuatkan klip video yang menunjukkan kumpulan penyokong PAS mengalami keperitan sewaktu terkena gas pemedih mata yang dilepaskan di luar pusat mengundi SMK Pengkalan Aur di Bukit Gantang pagi tadi.Mereka menggunakan no kad pengenalan orang yang telah meninggal dunia dan mereka membuang undi di saluran 1.
Sebanyak 65% pengundi di kawasan ini telah keluar mengundi. Tetapi hujan sudah mula turun, merisaukan peratus orang yang keluar mengundi akan merosot.
2.00 pm : Pemimpin UMNO-BN disambut dengan sorakan RASUAH oleh penyokong PAS. Antara pemimpin tersebut adalah Mohyiddin Yasin apabila beliau ke pusat pengundian SK Simpang pagi tadi.
1.55 pm : Bekas wakil rakyat PKR- Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila beliau tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.
1.50 pm : Ulasan atau komen oleh YB Ust Nasaruddin Mat Isa mengenai kekecohan yang berlaku di Pengkalan Aor dimana polis telah melepaskan gas pemedih mata . [klik muat turun] atau [Youtube]
1.45 pm : Calon PAS, Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin melawat ke pusat undi di Sek Keb Padang Gajah Trong. BN cetuskan kekecohan apabila beliau melawat upu Ayer Terjun berkenaan dengan melaungkan Nizar derhaka.
1.17 pm : Kawasan Matang Gelugor dilaporkan tiada kekecohan berlaku. Hujan sebentar tadi sudah kelihatan reda. Diharapkan orang ramai akan keluar mengundi di sebelah petang ini kerana masa untuk membuang undi tinggal lebih kurang 4 jam lagi.
Ayuh petugas, kerahkan tenaga anda!!!

No comments:
Post a Comment