Eksklusif untuk lelaki
Oleh:M. Yasser Kamarudin
Al-Quran telah merakamkan dalam Surah Tho Ha, kisah Samiri yang telah menyesatkan pengikut Nabi Musa a.s. semasa ketiadaan baginda, dengan membina satu patung anak lembu yang bersuara. Nabi Harun a.s. telah mengingatkan kaumnya akan kesesatan yang sedang mereka lakukan, namun lantaran kedegilan dan hati yang keras, kaumnya, Bani Israil membalas, mereka akan tetap menyembah anak lembu ini sehingga Nabi Musa a.s. pulang.
Tatkala Nabi Musa a.s. pulang kepada kaumnya, baginda sangat terperanjat. Dilihatnya kaumnya sedang menari-nari di sekeliling patung yang mereka sembah itu, dengan suara hiruk-pikuk, tanda bergembira mempunyai tuhan yang baru. Lalu dipegangnya baginda kepala dan janggut Nabi Harun a.s., dan ditariknya ke arahnya. Ternyata baginda sangat marah pada ketika itu, sehingga kepala dan janggut Nabi Harun a.s. dipegangnya, kerana menyangka Nabi Harun a.s. sengaja mendurhakai perintahnya untuk membimbing Bani Israil sepanjang ketiadaannya.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, janggut merupakan salah satu peribadi fizikal Rasulullah s.a.w., dan menjadi satu sunnah kepada kaum lelaki untuk berjangut. Berkenaan perihal janggut, terdapat tujuh perkara yang makruh jika diamalkan. Ini dipetik daripada buku Sairus-Salikin, karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, seorang ulamak terkenal di nusantara. Buku ini merupakan terjemahan kepada kitab ringkasan Ihya’ Ulumuddin. Telah diterangkan dengan jelas bahawa makruh yang pertama sekali, menghitamkan janggut yang putih kerana ingin menyerupai orang muda. Kedua, makruh memutihkan janggut yang hitam dengan belerang supaya kelihatan tua agar orang ramai akan memuliakan akan dirinya.
Ketiga, makruh mencabut uban daripada janggut. Keempat, makruh mencabut segala janggut atau setengahnya kerana Saidina Umar al-Khattab pernah menolak penyaksian orang yang mencabut janggutnya. Kelima, makruh mengurangkan janggut daripada adat yang pertengahan dan melebihkan janggut daripada adat yang pertengahan. Keenam, makruh menyisir janggut kerana bercantik-cantik, dengan niat agar dipuji oleh orang lain. Akan tetapi disebutjuga yang ketujuh, makruh meninggalkan menyisir janggut, dan membiarkannya kusut masai, dengan harapan orang akan menganggap dirinya zuhud dan soleh.
Seorang ulama tersohor, Bisyrul al-Hafi rahimahullah taala ada menyebut;
“Di dalam janggut itu ada dua syirik yang khafi, iaitu riya’. Pertama, menyisir akan dia kerana dipuji oleh orang. Kedua, meninggalkan akan dia berkusut-kusut kerana menyatakan ia zuhud”
Di samping itu, diharuskan untuk memerahkan dan menguningkan janggut dengan inai kerana perang sabilillah supaya dengan itu dapat menggerunkan musuh.
Kepada mereka yang berjanggut, jangan jadikan janggut yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. sebagai jalan untuk mendapat pujian daripada orang lain, dan bukan sebagai cara untuk mendapat penghormatan manusia. Tetapi jadikanlah janggut ini sebagai tiket ataupun boarding-pass untuk medapat syafaat daripada junjungan mulia, Rasulullah s.a.w., dan seterusnya mendapat tempat di syurga Allah s.w.t. Selain itu, kita juga mesti ingat, bahawa sunnah Nabi sangat banyak. Janganlah hanya sekadar berjanggut, tetapi cara kita makan, cara kita berjalan, cara kita belajar, cara kita tidur dan cara kita berkomunikasi sesame insan langsung tidak mirip Rasulullah s.a.w., sekaligus menafikan penampilan kita sebagai seorang Muslim. Bahkan pada hari ini, banyak sekali budaya yang telah sebati dengan kehidupan kita, berpaksikan kepada formula yang dirumus oleh musuh-musuh Islam, yang senantiasa mencari jalan untuk menghapuskan identiti muslim.
Dalam konteks kita sebagai pelajar kolej, adalah lebih utama ke atas kita untuk mematuhi peraturan. Dalam reality dunia hari ini di luar
No comments:
Post a Comment