Bila membaca blog Timothy Tiah mengenai The Things We Did As Kids, membuatkan aku terkenang mengenai zaman waktu aku sekolah rendah dahulu. Sudah 10 tahun aku meninggalkan zaman sekolah rendah, namun ingatan terhadap kartun yang aku lihat, kotak pensil berpelekat, botol air telefon jelas terlekat di fikiran.
Ok, apa kata aku mengenai zaman budak-budak yang dilahirkan pada tahun 80-an, mari kita zass.
Bermain Brick Wall Game
Kalau zaman sekarang kanak-kanak kecil sudah mengetahui mengenai PS3 dan PSP, tapi aku hanya mengetahui kewujudan game brick wall. Waktu itu, kalau dapat memegang sebuah konsol brick game, aku akan disanjung tinggi di sekolah.
Aku akan dikerumuni oleh satu kelas, melihat skil-skil menukar bentuk brick dengan suara-suara yang menjerit keriangan. Oh ya, sudah tentu gadis-gadis comel melihat aku sebagai seorang yang cool.
Bermain game tembak-tembak burung
Kalau kalian masih ingat, ada satu game yang perlu menggunakan pistol untuk menembak burung-burung yang berterbangan, kalau kalian terlepas, akan terdapat anjing yang ketawa mengekek-kekek pada kalian.
Mempunyai Digimon
Ketika aku darjah 6, mempunyai sebuah digimon adalah satu harta yang tidak terhingga. Harga sebuah digimon adalah Rm36.00, sanggup merenggek dekat parents semata-mata ingin battle dengan rakan sekolah. Dan pada yang tidak berkemampuan, mereka akan membeli digimon versi goncang-goncang.Setiap kali battle, perlu goncang kuat-kuat baru boleh menang. Haha
Untuk bermain, kita perlu kasi makan, trainingkan monster sampai besar. Bila sudah cukup power, baru boleh battle dengan kawan. Tembungkan kedua-dua digimon di bahagian besi, voila! Aktiviti berlawan bermula.
Mempunyai lampu laser
Lampu laser yang menyakitkan mata, in fact boleh membuatkan mata kalau disuluh lama. Namun, inilah permainan aku ketika sekolah rendah. Aku pernah mempunyai satu set lampu laser dimana terdapat pelbagai jenis kepala laser yang memaparkan pelbagai imej. Ada imej perempuan bogel, bentuk love dan rokok. Aku sanggup datang ke sekolah pada pukul 6.15 pagi semata-mata ingin menunjuk di depan rakan imej perempuan bogel. Oh ya, aku pancarkan pada dinding sekolah!
Satu tool box untuk Tamiya
Kalau sudah lelaki, mempunyai kereta mainan dari Tamiya merupakan satu kewajiban. Selain itu, setiap kanak-kanak seperti aku perlu mempunyai tool box yang dipenuhi dengan engine kereta, bateri, rangka kereta, tayar spare, skru driver dan sebagainya.
Enjin kereta pula berbagai jenis, diwakili oleh warna. Warna putih merupakan enjin paling perlahan, dan warna emas adalah enjin paling laju. Sudah tentu enjin berwarna emas amatlah mahal, namun aku sanggup berhabisan semata-mata ingin kereta aku dipandang hebat oleh lawan.
Ketika itu, setiap Khamis pukul 5 cerita kartun Dash Yonkuro akan ditayangkan. Tiada siapa yang boleh alih channel lain, mau kene maki free-free.
Penutup
Inilah antara bende yang menjadi hiburan aku ketika sekolah rendah, mengikut trend permainan tanpa mengira berduit atau tidak. ha ha
Sememangnya zaman sekolah rendah amat menyeronokkan, kalian pula bagaimana? Adakah zaman kalian kecil juga menyeronokkan seperti aku?
No comments:
Post a Comment