Saturday, March 14, 2009

Berkenaan dengan Jin

Jom tambah Ilmu sket.. (^^,)

Sebagai renungan bersama...

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia.Permusuhan ini telah diisytiharkan dalam Al-Quran..

Firman Allah bermaksud:

Iblis menjawab:' sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat,saya akan menghalangi-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus.Kemudian saya akan mendatangi mereka dri depan dan dari belakang mereka,dari kanan dan kiri mereka.Engkau tak akan mendaati kebanyakan dari mereka tidak bersyukur (taat) (Al-A'raaf:16-17)

Makna Jin

Jin adalah satu nama dan dalam B.Inggeris disebut Ginie-perkataan tunggalnya ialah Jinny yang bermaksud yang tersembunyi,yang tertutup atau yang gelap pekat.

Asal Kejadian Jin

Dan dicipta jin dari nyalaan api (Ar-Rahman 15)

Agama Jin

Kebanyakkan jin adalah kafir.Iaitu beragama Yahudi,Kristian,Komunis dan sedikit bilangan mereka beragama Buddha dan Majusi.Terdapat juga jin tidak beragama.Adapun jin yang memeluk islam hanyalah sedikit,yang mana mempunyai fahaman Qadariah,Syiah,Ahli Sunnah,Ahli Bidaah dll.

Rupa Bentuk Jin

Pada asasnya rupa jin tidaklah berbeza dengan rupa bentuk manusia.80 - 90 % menyerupai manusia.Cuma jin ni ada yang lebih kecil dan halus,pendek,terlalu tinggi,macam-macam warna,cantik dan hodoh.

Jenis Jin

Terdapat dalam 3 jenis

1. mempunyai sayap yang berterbangan di udara
2.menyerupai ular atau anjing
3.jenis berpindah randah

Kumpulan Jin

1.Iblis:Ketua,bapa dan pujaan kepada semua jenis jin,iblis dan syaitan
2.Asy-Syaitan:Syaitan
3.Al-Maaddah:Peragu-ragu
4.Al-Afrit:Penipu
5.Al-A'waan-Pelayan-pelayan
6.Al-Tayyaauun-Penerbang-penerbang
7.Al-Ghawwaasuun-Penyelam-penyelam
8.At-Tawaabi-Pengikut-pengikut
9.Al-Qurana-Pengawan-pengawan
10.Al-Ummaar-Pemakmur

Tempat tinggal Jin

1.Mengutamakan tempat sunyi jauh dari manusia (hutan,gua,kubur)
2.Mengutamakn tempat kotor (tandas dan tempat sampah)
3.Tinggal di air (lautan,sungai dan takungan air)

Adakah Jin makan dan minum?

Hadith Sohih mennceritakan bahawa Jin juga makan dan minum

Antaranya :
*Tulang
*Asap
*Makan bersama mereka yang tidak membaca "BISMILLAH'
*Najis Binatang

Dengan mengenal jin..kita tau bahawa manusia itu adalah sebaik-baik kejadian..

Sebaiknya selalu lah mengamalkan membaca:
1.Al-Fatihah
2.Ayat Kursi
3.Membaca surah 3 'Qul
4.Banyakkan berzikir dan berselawat ke Rasul Junjungan..

Insya-Allah..

No comments: